Seoul garden The Mines.

Assalamualaikum. Saja je tetiba nak update pasal ni hehe. Sebab rasa macam ada orang tu treat kita special sangat walaupun semasa hari kejadian macam2 perkara berlaku T.T Thanks awak sebab paksa saya makan dekat seoul garden hari tu. Memang tekad taknak terima dia belanja masa tu tapi sebab tengok dia sungguh2 pujuk kita hemmm apa boleh buat, kita terima jela :P

Aku dah lama teringin nak makan dekat seoul garden ni sebenarnya tapi tak mampu nak bayar guna duit sendiri. Hahahahaha lol. Bukan la takde duit langsung tapi bila ada duit tu rasa lagi berbaloi guna untuk apa yang aku betul2 nak. Bab makanan ni belanja untuk yang murah2 dulu. Yang mahal2 semua target bila dah ada duit sendiri nanti hahaha konon je! Tapi untung badan sebab dah ada orang belanja dulu :) So salah satu wishlist aku dah tercapai sebab tu update dalam blog! Orang belanja pulak tu. Buah hati belanja pulak tu. First time merasa pulak tu. Wowww banyak pulak 'pulak tu' eksitednyewww! Hahahaaha.

30 Januari yang lepas aku dan dia pergi The Mines, Serdang tengok movie The Boy yang kengkonon seram tuh dengan makan ala2 korea di Seoul Garden. Btw kami tak dapat student price sebab pergi time weekend. So terpaksa la si dia korbankan duit sebanyak RM80++ untuk 2 kepala. HAHAHAHAHAHA XD



Dua gambar atas ni first round aku dan dia makan. Kira macam menu utama la ni. Sup yang dipilih of course tomyam sebab fevret masing2 hee! Paling banyak makan tentulah dia sebab dia yang ambil banyak dan atas paksaan aku jugak suruh habiskan risau kena bayar makanan yang tak habis tu hehe :P Ini pun ada jugak menu yang ditambah lagi tapi lupa nak tangkap gambar sebab khusyuk sangat hadap makanan. Aku rasa berbaloi makan dekat sini sebab macam2 menu ada. Pada pendapat aku sesuai la dengan harga yang dibayar. Daging2 yang disediakan ada macam2 perisa, lembut dan sedap dikunyah hee! Seafood, dessert, nasi goreng, korean food of course, sushi pun ada tapi malangnya aku dan dia tak makan sushi. Air boleh refill tak kisah la apa2 air yang kau nak dekat situ. Kau nak grill boleh, steamboat boleh, makan gitu2 pun boleh! Nak tambah sejuta kali sampai terputus urat kentut pun takpe kehkehkehkehhh itu pun kalau kau mampu la makan sebanyak tu :3



Gambar dua atas ni untuk second round pulak. Masa ni dah rehatkan perut selama beberapa puluh minit sebab masing2 dah mati kekenyangan! Hahahahha. Mula2 memang nak layan dessert je untuk second round ni tapi masa tu menu untuk lunch dah ditukar kepada dinner so menu ditambah lagi. Baru la dapat merasa makan udang dan ketam sebab masa lunch seafood banyak dah habis. Dessert semua sedap! Abc tu buat sama2 dengan dia, main letak je apa yang nampak sedap hahaha. Aiskrim aku yang buat dan semestinya sedap :P



Orang yang dalam gambar atas tu bakal tukang masak saya suatu hari nanti ahahahhaha :P Boleh la awak, dah ada gaya dah tu nak jadi chef dekat dapur hehehe. Eksited gilos dapat main masak2 sampai berdiri haa aku masak sebab tangan tak sampai kahkahkahhh. Nasib baik orang atas tu baik hati tolong masakkan. Budak dalam gambar bawah tu pulak buat muka puas hati dan kekenyangan lepas dapat makan makanan yang sedap dan banyak woohoo! 


So inilah pengakhirannya. Dari jam 3 petang sampai la jam 5 petang aku dengan dia dok pulun makan dalam seoul garden tuh. Tengah2 tangkap gambar muka kekenyangan pelayan dekat situ dah kutip pinggan mangkuk yang aku dah susun cantik untuk tangkap gambar. Terasa macam dihalau pulak haha. Alang2 dah terasa, kita pun blah la. Haha. Nak tambah seround lagi memang tak mampu sebab perut dah kembung macam nak meletup pun ada XD

Perang dingin yang berlaku pun tamat setelah dihidangkan dengan makanan yang sedap dah lazat! At last, food is the best ingredient that bind us together :)








No comments:

Post a Comment