Hai Assalamualaikum semua. Kali ini, aku cuma nak meluahkan perasaan gembira aku pada saat ini, tika ini, detik ini ambek kau hahahahahahaha dimana aku happy sangat-sangat sebab hari ini hari pertama aku pergi kuliah di tempat baru iaitu USAS, Universiti Sultan Azlan Shah di Perak. Jauh di sudut hati aku, aku sedih sangat-sangat-sangat dengan apa yang terjadi sepanjang zaman belajar aku ni, mana taknya orang lain senang je belajar, cepat je habis belajar, aku? Orang lain matrik setahun, aku matrik dua tahun. Ambil degree di UKM pun tak habis, baru setahun setengah aku dah give up. Salah siapa? Salah diri sendiri lah kan? Kesalahan aku bersebab, kalau cerita pun tak semua orang akan faham apa yang aku rasa, apa yang aku lalui. Tapi itulah, walau apa pun yang terjadi, cepat-cepat muhasabah diri kita balik. Ada benda yang kita tak perasan pun kenapa Allah takdirkan ia terjadi dalam hidup kita. Mungkin segala perkara atau sesuatu benda yang pernah berlaku dalam hidup kita itu terjadi disebabkan Allah ingin bantu diri kita untuk perbaiki sesuatu itu menjadi sesuatu yang lebih baik. Itu yang mak aku selalu cakap dan ingatkan, hargailah peluang kedua kerana tak semua orang akan diberi peluang yang seterusnya. Perjalanan jatuh bangun hidup kita memang dah ditentukan oleh Allah dan ada pengajaran serta hikmah disebaliknya. Wallahualam...
Bye-bye UKM... Semoga berjumpa lagi suatu hari nanti.
Insyaallah bakal sambung master di UKM. Ameen... 😊😊😊

Proses pertukaran universiti aku ni memang tak ramai yang tahu. Kawan-kawan nursing aku pun kebanyakkan dorang tahu masa last day aku di HUKM. Bukan bermaksud aku hendak merahsiakan hal pertukaran universiti daripada semua orang tapi aku sendiri tak bersedia *jujur* untuk menghadapi persoalan-persoalan yang akan diajukan pada aku. Penakut ke? Haha entah. Jawapan paling tepat, aku risau bila orang akan tanya soalan-soalan yang boleh membuatkan aku pikir dua tiga kali balik tentang keputusan aku untuk berpindah universiti walaupun sebenarnya aku dah fikir masak-masak tentang hal pertukaran ini. Menjadi dilemma bagi aku, bila ada sedikit tentangan daripada keluarga terdekat pada awalnya. Disebabkan itu, aku rasa tak yakin dengan keputusan yang aku ambil. Saat itu, memang aku rasa itulah saat yang paling bawah pernah aku rasa sepanjang hidup aku 21 tahun ini. Bagi aku, orang lain cuma pandai menasihati kita tetapi bukan mereka yang berada di tempat kita. Dan orang lain tak mampu untuk ubah diri kita melainkan hanya diri kita sendiri yang mampu mengubahnya.
Sebelum aku apply universiti lain, banyak dugaan yang datang dan pergi dalam hidup aku yang membuatkan aku berfikir ada jalan yang lebih baik untuk aku teruskan. Cewahhh ayat aku ni takleh blah doe. Rasa macam kelakar. Kelakar tak kelakar itu tak penting, yang pentig sekarang aku dapat rasakan yang sinar kebahagiaan itu kembali bersinar. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas kurniaan rezeki yang Engkau berikan ini. Walaupun aku dah melepaskan universiti yang menjadi kebanggaan setiap orang malah universiti yang menjadi pilihan utama aku, universiti yang aku idam-idamkan sejak sekolah rendah lagi tapi takdir dan kuasa Allah itu lagi hebat, dimana aku sekarang berada di USAS, universiti yang telah mengembalikan sinar harapan kepada aku walaupun baru seminggu aku berada di universiti ini. Segala kesedihan dan kekecewaan yang pernah lahir dalam diri aku setelah aku melangkah pergi, keluar meninggalkan UKM, hilang macam tu je sejak aku menjejakkan kaki aku di USAS #sayasayangusas. Aku tersedar disebalik kesedihan dan kekecewaan kerana meninggalkan universiti yang menjadi idaman aku, ada kebahagian yang lebih cukup besar dimana Allah telah beri pada aku buat masa sekarang ini dan aku rasa sangat-sangat-sangat bersyukur diatas segala perkara yang sudah berlaku. Harapan besar aku, semoga aku dapat memperbaiki kesalahan aku yang lalu agar aku dapat kembalikan impian mak ayah dan adik-adik aku untuk melihat aku menjadi seorang yang berjaya suatu hari nanti. Insyaalah ameen. 😊😊😊
Alhamdulillah, aku bersyukur kerana Allah kurniakan aku seorang mak dan ayah yang sentiasa berada di belakang, jatuh bangun aku. Tak lupa jugak untuk adik-beradik aku yang sentiasa bagi kata-kata semangat untuk aku terus naik dan bersedia untuk bangun semula. Kawan-kawan yang sentiasa berada disisi saat aku tak tahu minta simpati pada siapa. Dan, awak. Imran. Orang yang sentiasa ada dekat bersama saya walaupun hakikatnya kita jauh dimata, dekat dihati hahahahahahahahahahahahahahahaha ada rasa loya tak? Terima kasih untuk semua orang yang banyak bantu diri ini. Akhir kata, saya sayang semua, saya sayang USAS! 💕💕💕 #usassatuhati